Pages

Wednesday, December 31, 2014

A shitty friend

Assalamualaikum.  (×  ×)

              " friend is very important in our life. Without friend, is like the sky without sun. " ok sumpah tahi ja tu semua. Tahi kau tau tak. TAHI! sebab apa? Sebab aku dah ada kawan tahi macam ni. Aduhh tak layak pon kau aku panggil 'kawan' . Dah kenapa kau buat perangai macam tu? Tak puas hati apa? Face to face lah. Kau tak payah nak babitkan orang lain lah. Kenapa? Kau dah sangap sangat nak dpat perhatian orang? ke memang suka taruk tahi kat orang? Opsss.

Kau dengar sini baik-baik!

             Aku. Aku kalau boleh nak je hentak kepala kau dekat dinding biar pecah melekat otak (tu pon kalau kau ada) dekat dinding tu. Tapi. Apakan daya. Aku berdaya. Cuma akalku masih waras dan aku masih ada agama yang melarang perbuatan sebegitu rupa.  Apa? nak cakap aku emosional? Aku x bersabar sedangkan sabar tu separuh dari iman? eh kau kalau aku buka ceramah pasal agama pasal ketahian yang kau buat selama ni, hah menangis meraung kau dekat pak guard tu (takde kena mengena).

Blah la woiiii...

              Kau ingat aku tak tau apa yang kau buat selama ni? Apa yang kau fitnah? Apa yang kau adu dombakan? Walawehhh. Kau memang hebat. Daebakk. Layak dapat Grammy Award. Tapi utk pelakon tahi lah. Opsss again.  so, kau RASA HEBAT lah sekarang? Hebat sebab dapat perhatian semua? Hebat sebab dapat pengaruh semua? Hebat sebab dapat buat semua orang pandang serong kt aku? Ok. TAHNIAH. eh betul lah. Ikhlas ni. Tak. Bukan apa. Aku kesian jah tengok kau mcam sangap kasih sayang sangat kan. So tu dah dapat kan. Ok congrats BABY.  Ok wish aku just good luck lah kpd rakan2 kau tu supaya dapat mengelak dari ketahian kau tu. Oppssss.
Muka tak puas hati aku. Kahkahh

Friday, December 26, 2014

MALAM CINTA RASUL

Assalamualaikum. \(^▲^)/

           MasyaAllah... indahnya taman syurga tadi. Alhamdulillah NTP KMM ada inisiatif buat program Islamik macam ni. MALAM CINTA RASUL. Seindah namanya. Seindah tu jgak majlis ilmu tu. Walaupun kejap jah, tapi dh boleh membuatkan para muslimin muslimat yang hadir tu peroleh pahala. MasyaAllah. Dgan solat jemaah maghrib isyak nya. Dengan qasidah2 nya. Dengan selawat beramai ramai nya. Dan dengan ceramah pendek tapi padat isinya. cuba habaq mai kat ceq. Dengan semua tu, mesti ada walaupun sedikit Allah bagi pahala. Allah Maha Pemurah. Even kita duduk dalam majlis ilmu tu pon dh dapat pahala. MasyaAllah..pemurahnya Tuhan kita kan. :)

             Ok. Jujurnya memang aku malas nk pegi memula tu. Pastu aku pikir balik, takkan semata2 nk buat homework yg takkan pernah habis ni, aku sanggup lepaskan peluang pegi taman syurga kan. dah la majlis tu kat depan blok aku jah. Hehe nampak beno malasnyaa.. sangat best sebab menambahkan rasa RINDU rasa CINTA kat Rasulullah SAW. aku rasa majlis ni sgt bagus sebab MAYBE ada org yg trlalu busy sgt smpai masa utk igt kpd Rasul dan berselawat pon tak banyak. So dgan pi majlis tu, boleh topup sikit rasa cinta rindu tu. :)

               Geng geng NTP laki duduk atas pentas. Lead qasidah. Wow. Quite impressive. Tapi suara tu maybe masih takleh lawan geng badar maktab kot. Sebab badar maktab suara diorg berlemak lemak gitu. Siap keluar kolestrol bila diorg qasidah. Hehe ok tipu.  So semalam aku rasa saaangatt rindu suasana dekat surau maktab. haa ada byak qasidah baru. Ada yg jawa lah. Haha sumpah lawak. Disebabkan aku yg even ada mix jawa sikit tapi tak penah nk belajar pon bahasa tu, so aku melangut jelah masa depa qasidah jawa tu. Tapi aku ada la faham sikit. Loro yg aku ingat . Yg lain tu ada jgak tapi lupa. Ouhhh ouhhh.. lupa nk cakap. Hehe. I spotted someone. With good voice. Alaa takkan tak tawu kot taste aku mesti la suara sedap kalau ngaji. Hensem tu bonus. Kahkahkahh.. tapii. Tapi.. muka dia x clear. Hmmmm cena nk stalk? Eh. Eh. Hahaaa mana ada..  k bai.
Me n roomates kat maktab.  Miss them. :')

Sunday, December 21, 2014

here i should tell something

Assalamualaikum.

 Harini rasa nk update sangat. Even pakai fon jah. Biar jari menari di papan kekunci, meluahkan segala yg terbenam di hati. why zatul? Why? Banyak sangat dugaan nih. Dah takleh focus even note math depan mata.  takpa. Selagi boleh sabar, aku akan sabar. Sabar tu separuh daripada iman. Allah suka orang yang sabar. InsyaAllah akan ada manisnya di sebalik kesabaran ni. :)  tapi. Tapi.. kau. Kau. Kauuu kenalah faham. Human do have their own boiling point. Yg membezakan cuma takat dia ja. So faham faham sendirilah. Takkan kita nk kena SELALU SABAR dengan kerenah kau kau yg mencabar kesabaran ni kan. Jangan sampai bila dh sampai takat didih tu, kau baru nak lari selamatkan diri. Maaf. This explosive can reach you ok!  K bai. Nak baca math. Meluat ingat pasal ni.
Ok ni masa lab chem. Lecurer kat depan. Me? Kira semut. Hahaa tido ahh. Then tak perasan nabilah snap and letak kat grup wassap kelas..aishh sabo jelah..hahaa

Friday, November 14, 2014

rindu ke cena nih?

♥ Assalamualaikum.

          nahhhhh..nothing is special. it just me who's over excited wanna type here..got soooo much story to tell ya. but i'm kinda lazy lately. and obviously i'm BUSY as i'm not staying home. don't expect that i'll update this everyday when i'm in that prison. blerghh..don't mention it. next week gotta back there. got only two weeks for sem break? my friends got 2 months. ok. different institute rite. don't complain, or i'll get high blood pressure. hahaa.. actually, my sis are at the kitchen preparing some meals. so me happily use this chance to post something...heee okey wait. wait. why i'm using english? dah apehal ngan aku ni..kena sampuk mambang omputih ke hapa yg pi  type pkai bhasa bi. hahaa  serius banyak gilak ceritak nak tulik. sarawak bakhang..  >.<   tapiii tulahh. aku kan "rajen " tahap dewa nih.. see. kakak2 kat dapur, yg adik, tgah sedap dok memblogging. hihik..  

         entah lah. maybe penuh sgt kot dlam hati ni nak simpan smua cerita. semua rasa. macam dh nak meletop. byak sangat masalah. but taktawu nak cerita kat sape. friends? do i have one? hmmm susah skrg ni nk cari kawan yg betul kawan. haa tu satu lagi masalah nih. haishh better next entry lah. geram pulak bila ingat balik. tapi tak segeram pasal kes "org2 tak ketahuan" nih...pehhh ni bikin darah gua menyirap doe. -.-  

Sunday, June 1, 2014

A new place. Let's call it KMM.

♥ Assalamualaikum. ~(^.-)~

                    So, here i am. HERE which is mean Kolej Matrikulasi Melaka. *buat muka*.  Don't get surprise yet, coz me too, really really can't believe that i choose here. Gimme support lahhh..nak taw best ke tak kat sini, moh kita tengok...first skali nk daftar, dah sesat. Apa punya gps lah bawak kitorang smpai masuk kem terendak! *tapi abg askar tu encemmm. >.< *  dah smpai pulak, baru ingat bebaju kurung aku semua lupa nk bawak. Dok elokk ja sangkut kat rumah. And i just bring 5 baju kurung. Dah la kena pakai baju kurung berpesak ja. Aku ada bwak bju kurung moden, hmmmmmm kurang lagi baju kurung aku. Habes la aku..kena catu baju lah mcam ni. Every week kena pkai bju sama lah jawabnya..

                     Then, dh habes daftar, nk mencari teratak blok A2 pulak. Ehh maaa dh nmpak. Tu haa. Okeh hepi sebab blok aku tu kira dekat jugak la dengan pintu pagar utama. So, nanti takyah la nk mengangkut beg besaq gedabak tu jauh jauh. :D  yabedabeduu.. Floor empat doe. Bapakk ahh.. Rendah siot..cukup la kat mrsm ph dulu pon dh dpt tgkat 4. Sadis kan cerita ni. T.T  and same as at ph, my room is infront of the loo. Okeh nampak tak keJODOHan nya di situ. --"  bila masuk ja bilik, nampak ada sorg anak dara ni dok mengemas. My new roomate i guess. Nmpak ada tiga katil kosong. Rambang mata nk pilih. But too bad. Act dua katil tu dh ada org. Cehhh no choice, so i get the place which is near the door. Again. Same as at ph. What a coincidence. -.-"  hmmm barang semua dh bwak masuk bilik. So, apa lgi, moh la brkemas. Bibik...bibikk.. Ehh mana depa nih? Cehh yg abah ngan mama tengah syok sembang dgan roomate aku. Yg long, ngah , ali * lupa cakap. Cousin sakai aku ni pon ikut skali* pulak sibuk dok brgambar . Ehhhh apa nii.. Bibik aku semua ni takleh harap betul. -,-

                      Then, masuk la new roomate aku yg satu lgi. Orang Penang. Ayah aku apa lgi, intebiu sakan la..Pastu aku dah mcam excited pabenda ntah masa tu, jalan pon takleh nk jet ayu dah, tetiba 'prakk' . Hamek kau, kain aku terkoyak. HAHAHAHA! Sumpah sakai doe. Pastu mak aku sempat pulak pesan ' duk sini jgan gedik sangat. Ni dua orang ni *roomates* anak sulung, biar depa jaga hg. ' aku dah macam whattttt..ehh sejak bila pulak adik gedik nii..i'm just an active kid. That's all. Huu..and even aku bukan sulung, hey i can take care of myself keh. Pastu berangkatlah pulang ayahanda dan bonda dan kaum kerabatku. Then, masuk pulak roomate ketiga bersama familynya. Okeh. Masa ni aku x dapat detect lagi which one is my roomate. Sebab kat tempat dia tu ada empat org pompuan. Okeh kira tinggal tiga la sebab tolak mak dia kan. Crystal clear la jah oii tu mak dia.  Petang tu, start orientasi. Yang paling takleh blah, kena pakai tudung yg disediakan. Tu bleh terima lgi, tapi yang tak tahan tu, tudung tu TUDUNG INDON aka TUDUNG MAKCIK MAKCIK ..omaigad omaigad. Dah la warna oren kekokoan. Dah tu tudung indon hat ada awning tu plak..aku ALLERGIC dgan tudung tu okeh. Muka aku x sesuai pakai tudung tu..wuuwuu T___T  

                      Orientation week is going well. Cumaaa aku kalau kena masuk orientation dalam kelas tu, aku diamm gila. Yup. I mean DIAM. Hehee berlatih nk jadi pendiam lah kononnya tu.. Tapi berhasil weh. Seminggu tu aku diam ja. Sampaikan cikgu tu cakap, "dlam praktikum ni cikgu dh nmpak ada yg boleh bercakap, dan ada yg diam ja. Haa kamu ni ezz , diam sangat. Nanti banyak cakap sikit eh." Muka aku masa tu dh macam muka-terkejut-orang-masuk-minang. Haa lebih kurang la..hepi ada. Terkejut pon ada. Hepi sebab usaha aku diam tu berhasil..tapii a few classmate yg satu group ngan aku tu dh mcam nk bagi kaki kat aku. Depa kata "ezz pandainya kau brlakon. Cehh diam lah sangat kan.. -.-  " hahahaha.. Nasib lah kann. I'm an actress..aceyy.  Okeyyy orientation week is over. Next week dh start belajar. Hope everything will be ok. See you next story. :)  salam sayang dari london aka londang. Ahahaa

  •                                                                                                                                                                            

Saturday, May 17, 2014

DILEMA

♥ Assalamualaikum.



ni bukan aku okeh

               Tengah dilema. Dalam dilema. Mood : Dilema. haishh serabut otak bila dalam situasi kena pilih sesuatu. Rasa macam nak suruh orang lain ja buat keputusan tu. Now aku rasa kat luar sana pon ramai bebudak batch aku tengah pening nak pergi sambung study mana. Same goes to me. Tawaran yg dapat tak la sebanyak budak stret A kann. Tapi aku dah shortlist kan *bajet byak pulak* tinggal tiga ja. First IPG tu. okeh tu jujur at first aku tak minat pon, but bila parents aku mencuci otak aku almost every day pasal IPG, hemm yelahh, anakmu ni ikut jelahh. Tapi baru pegi interview ja pon..bajet macam dah dapat masuk kan. hehe. Doakan aku eh geng.. :)   Second, Matrikulasi Melaka. WOW! dekat bhai..haha. Ni macam ok. Cepat, untung dua tahun, tapi tulah. Kalau pointer tak 4 flat, takut kena lelong jelah..  Third, UITM Arau. Dip Sains Matematik. pehh. Memang peberet aku lah ni. Tapiii huu diploma pulak. Kawan aku cakap bidang ni kalau setakat dip, memang payah lah nak cari kerja. Kalau ada degree or master, haa baru macam strong sikit kan. But takkan aku nak study tiga tahun, then tak keja and sambung degree lagi..fuhh gua bertongkat baru boleh kerja lah macam tu. Dengan PTPTipuu PTPN pulak untuk dip ngan degree. waa memang aku keja nanti utk bayar hutang PTPN je pon kann.  So in conclusion, aku pilih matrik kot sementara nak tunggu result IPG tu keluar. harap harap dapat la IPG tu. Aminn. :D dan harapnya pilihan aku ke matrik ni betul lah. Chaiyokk!





Wednesday, May 7, 2014

F.E.L.O

♥ Assalamualaikum. ~(^.-)~

                   Ini kisah mengenai Felo. Sapa felo? Apa tu felo? Is it a food or a cat? Nope. Felo is a human, a guy, a cute guy, a cute guy, and a cute guy. Ehh apesal cute tu sampai 3 kali. Hahaa ngada kau jahh.. Tu maknanya dia cute giloss laa..hehe Kenapa nama dia felo? Sebab aku rasa word felo tu macam cute cuteee ja bila sebut. Haa sesuai la ngan dia yg cute tu. Ahaks. Ohh yaa. Lupa nak cakap yang Felo tu crush aku. Okeh ex crush maybe. Arghh still belum ex kot. In progress. Eh ingat senang ka nak lupa crush kita haa.. Dia crush aku yg ke berapa pon aku taktaw. Hahaa ramai pulak rasa. He's my schoolmate. Sekolah mana tu rahsia. Tapi bukan sekelas dengan aku. Thanks God. Sebab aku takut aku takleh focus dalam kelas. Bukan aku tengok cikgu nanti, muka dia yg aku asyik tatap kot kalau sekelas.hahaa. Tapii memandangkan kelas dia dekat ngan tandas, so aku terpaksalah lalu depan kelas dia bila nak pi tandas. Aceyy terpaksalah kunonnn..hahaa And dalam sehari tu memang tak terkira lah berapa kali aku pi tandas. Nak usya anak teruna orang sebenarnya. Hehee nampak tak kegatalan di situ..ahaks. Alaa usya dari jauh jaa.huu belum berani nak confess.

                   Tapi kan, nak dijadikan cerita, a friend of mine yg mulanya aku dan dia rapat, tapi rupanya tikam belakang aku tu, haa dia tu pon suka dekat felo jugak. Aku ni jenis yang bila dah kawan suka, so takkan kita pon nak kacau line kan. Beralah la sikit utk membe kann.. Tapi bila dh dia buat aku macam tu, terus aku rasa "ok fine. Dia sanggup buat aku ceni kan. " sooo sebab tu la felo masih belum stop jadi crush aku.haa  dan another one. Senang ja kalau nak detect sapa crush aku or yg aku suka. Orang tu mesti aku tak pernah cakap. Yeahh that's me. Aku ni pemalu sikit bila depan org yang aku suka. So, aku takkan cakap maybe sepatah ja bila depan dia. Anddd the most thing is, aku kalau dah suka kat someone tu, i'll be a great stalker. Hahahahaha try me. Serious talk. Aku akan stalk dia habis habisan. Hehe oh ya. Lupa pulak. Terdetik nak post pasal felo ni sebab aritu kawan aku cakap dia trjumpak felo..arghh untungnya..aku nak jugak..huu :'( k bai felo..dah patah hati ngan felo. Sebab ramai sangat suka dia..yelahh dah comel kan..zhai zhien.. # untungnya sapa jdi gelpreng dia..tapi aku ada name tag dia..terjumpak and lupa nak bagi balik. hehe buat kenangan. nanti boleh cerita kat anak2 aku, "nak, ni la crush mak dulu" . hikhikhik




bajet tunggu felo datang la tu. hehe


Wednesday, April 30, 2014

A friend who's not a friend

♥ Assalamualaikum. -.-

                    Aku dah tak tahan. Aku benci hang ____ !! Kenapa buat aku macam ni? Apa salah aku kat hang? Selama ni aku layan hg dengan baik. Too good. But you. You? Hang layan aku macam mana? Macam apa? It's just when u need me rite. Aku tak mintak hang balas aku apa-apa. Apatah lagi pujian. Sikit pon tak. Just APPRECIATE me. Tu ja aku mintak. Tolongg la hargai aku sikit. Sebagai seorang insan yang selalu ada masa suka duka hang. I bet u didn't even remember it rite. Ehh bukan aku nak mengungkit nah. Ni kalau betul aku nak mengungkit, aku rasa terkedu hg dengar nanti kot. Banyak sangat. And aku bukan type yg suka mengungkit. So, biar jelah semua tu aku pendam dulu. Tapi, aku dah letih lah macam nii.. Selalu ja mengalah. I've a heart too. Dia pon taw rasa sakit jugak. So please stop. Please stop all of this  stupid life that u'd created. Aku nak keluar dari dunia hang yang penuh kepura-puraan trhadap aku nih. Hang buat aku macam ubat kan. Bila sakit, baru pandai nak cari. Bila sehat, waahh seronok jah main sampai tak ingat dunia. Thanks to you lah sebab hg dah buat aku rasa and dapat pengalaman macam yang orang kata "kawan yang perlu bila susah ja. Bila senang, dia pon hilang". Yeahh. And now i reallyyyyy feel that i've got one too.. And it is you. Just leave me alone. Takyah cari aku dah. Bila aku dah rasa ok sikit, aku cari hang. Serius penat sangat rasa dipergunakan hang. I'm tired with all of this. With your games. Please find another player. I quit. 

Sincerely: me who's exhausted with YOU! Demm u. Pfft~  -..-


Friday, April 25, 2014

Melaka? Again?

♥ Assalamualaikum.

                    Hyep. Serius rasa nak tulis sangat. Tapi tadak idea. Takpa. Nanti dia mai sendiri lah kot kan. Tadi kan check matrikulasi. And tetttt... Aku dapat kat tempat zaman kesultanan melayu sana nuh. MELAKA! ouchh. apa nii. Aku harap dapat la negeri lain. Terengganu, Kelantan - along. Melaka, KL - angah . KL - abang. Perak- aku. ok tambah Melaka.  haa tu semua list yg pernah siblings aku belajar. Hmm nmpaknya dapat negeri Melaka lgi lah. Sokay. Rezeki aku kat situ kan. Just chill on babeh. Dapat taw je kat situ, terus jumpak cik google. Nak le tanya KMM tu cemana. ok ke tak. cantik ke tak. Anddd tadaa. nanti tengok bawah aku letak pic eh. kinda ulu sikit. Tapi takpa. saya dah biasa. haha. MRSM PH dah membiasakan aku dgan persekitaran ulu. Setakat ni yang aku taw dapat matrik melaka just me, Maisarah and Aishah Azhar. like seriously? just three of us? memang lah ada org lain lgi kan. tapi macam tak dengar sangat org yg dpt melaka. Ramai dapat Johor. tu budak PH. Budak Badlishah pulak ramai dapat negeri Sembilan. pehh hari-hari nyanyi kojolobak kojolobu lah korang eh. Yang aku takleh terima tu, semua besfren aku kat Bad dpt n9. Naseb baiklah aku tercampak kat melaka ni ngan Maisarah. fiuu~ ada geng lah jugak an. 

                      TAPI NI SEMUA TAK SURE LAGI PI KE TAK OK. Semua org tgah tunggu result upu keluar dulu baru decide nak pi matrik ke tak. Same goes to me lah. Mak ayah aku macam dok suruh pi ipg tuu jah. IPG tu aku tak sure lagi lepas ke tak ujian aritu. Kalau lepas, dia panggil interview nanti. Pehh ujian dia.. susah bhai.. Nasib baik aku sama group ngan Aliff Afiq. Dah la BMI dia tak lepas. tak cukup tinggi and berat. * aku rasa aku dh cukup gemuk ngan tinggi dah ni*  Pastu bleep test pulak dengan kaki cramp sebelah. serius kejang gila. Tak berani nak cakap kat pelatih situ. In conlusion, just wait for the result. Dapat, Alhamdulillah. Tak dapat, pon Alhamdulillah. sebab maybe bukan rezeki aku kat situ kan. so yeahh.. dah rasa bersemangat pulak nak belajar balik. hahaa aceceyy. skrg memang laa. kita tengok bila dh masuk matrik or u nanti, mesti rasa tanak belajar. :D okeh got to go. nak hafal lagu negeri melaka. ahaks. 

 

Thursday, April 24, 2014

u stop. and listen.

♥ Assalamualaikum.

               nahh. nothing's going on. Just wanna write something here. Entah lah. Lately nih, rasa macam unwanted person. Am i invisible? Kejam sangat ke aku bila buat macam tu. Bukan niat di hati nak melukai hatimu. *acewahh. macam lirik lagu pulokk* Tapi dah hg kata, org kata, aku macam bgi harapan, nahhh so here i come. Ni ja cara nak stop semua ni. Tapi bila hg buat ayat perli bagai, gua lagi sakit kott.. Ni semua salah faham keh. Macam mana aku nak explain kalau hg asyik nak lari. Kalau lari tak muncul dah takpa, but lari just dari aku sorang. you're running from me but still walking around me, around my world. Buat macam aku tak wujud pulak kn. But sokay. Aku nak tengok, sampai bila hg nak buat macam ni. Eee geram pulak aku nengok hg ni. Haishh macam nak ikat kaki tangan hg, pastu nak explain the whole story. Boleh centu?