Pages

Saturday, January 10, 2015

awak. suara awak sedap..dap dap..

Assalamualaikum.  \(♡u♡)/

Ok harini post menggedik sikit. Kahkahh 
Tapi tu japgi. 

       Ni baru balik dari majlis penutupan Maulidur Rasul. Tapi ni tak bermakna cinta kepada baginda tamat. Kalaulah baginda ada. Melihat umatnya berarak satu kolej sambil berselawat keatas baginda. MasyaAllah. :')  ya. Kami sanggup meredah blok C (asrama laki. Kehkeh)  naik turun bukit cuci mata sikit. Tapi puii baju brgantungan kat tingkap diorg. hahaa.. 

Panas jangan cakap ah kan.    
            Dengan tema blok; baju kurung pink/merah dan tudung hitam. HITAM. menyerap haba sungguh. Dan menyirap jugak darah bila ada minah ni pijak kasut aku smpai trkeluar. -.-  but sokay. Panas apa semua tu tolak tepi. Demi apa? Demi CINTA kpd RASULULLAH SAW. :)  ni baru panas dunia. Panas akhirat? Nauzubillahhiminzalik. Tak dapat bayangkan weh. Bayangkan. Satu titik api neraka je pon dah boleh musnahkan bumi ni semua. MasyaAllah. 

Ok then kita masuk part gedik sikit. Kahkahh. 

           Walawehh.. sedap bhai suara geng nasyid tadi. Terkedu aku. Lgipon sebab ada sorg tu yg aku spotted that day. Dh ada satu ciri aku nak. Suara sedap..woaa..hahaa. then tgah sedap usha . Tetiba tersentap. Rasa hinaaa sangat diri ni sebab niat dah ke lain. Bukan ke majlis maulid nabi, tapi aku tgah zina mata zina telinga usya anak teruna org. Nak nangis jugak tadi. Rasa teruk sangat diri ni. dah la lagu tu sedih..menusuk kalbu betul. Hmmm harap sangat dapat jodoh yg boleh bimbing diri ni. :'(   ustazah aku cakap kalau kita suka kat orang tu tapi kita x bagitahu kat sesape pon. Dalam hati kita je. Pastu kita mati. Then tu dikira sebagai jihad kecil.

Friday, January 2, 2015

second page of 365 --> 2015

Assalamualaikum  ♥♥♥♥

               Alhamdulillah. Masih bernafas di hari kedua tahun 2015 ni. Happy New Year. Tapi ni ikut calendar mat salih lah kan. Kalau nk diikutkan, kalendar Islam, dh lama dah kita masuk tahun baru. :)  hmmmm so 2015 ni secara tak rasminya aku dah jadi gadis 19 tahun. Wow. Terasa matang dan dewasa di situ ya. Hehe  . But kalau nak secara rasmi kena ikut besday dalam ic lah. Ahhhh masa tu study week. Mencikk T__T

                Selalunya kalau dh masuk new year ni selalu soalan klisye "azam kau taon ni apa eh?"  Hah sudah. Jangan tanya aku soalan tu. Sebab AKU TAK PERNAH ADA AZAM! ehhh apa? Nak cakap aku manusia yg hidup tanpa misi visi moto keta tu semua? Ehh kesah pulak aku. Dah gi membusuk sana. Selama ni aku hidup ok jah tanpa azam. Kau. Kalau dah memang for sure punya azam tu takleh tercapai, so why did u set target? Nanti dh habis taon pastu azam tak tercapai, haa mula lah nak meraung sana sini. Cakap 365 hari tak cukup lah nak capai azam. Cakap banyak sangat halangan lah. Itu lah. Ini lah. Pastu sibuk lah nak buat azam next year tu pulak " azam aku taon ni ialah mencapai azam taon lepas" . Dah kau gi terjun bangunan sana. -.-

Ehhh dah kenapa aku cerita pasal azam pulak nih? Ok stop the topic.

               lemme think. Ahaaa. Kan aku dah 19 kan. Pastu kan aku rasa cam hepi sgt. Sebab nanti bila org tanya aku ke, mak aku ke " eh imah, anak kau tu umo brapa?" " ouh yang tu eh? Dah 19 dahh"  "amboii dah beso panjang eh. Dah boleh nikah dah pon. Anak aku ada sorg yg laki tu. Umo sebaya lah ngan anak kau ni. "  kehkehkehh dapat pulak greenlight dari mak mertua. Opsss bakal. Haha. Pastu kan kalau aku gi memana ke kan pastu makcik2 yg jalan dgan anak pmpuan dia yg lgi muda dari aku ke tanya aku "nak. Anak ni umo berapa? " hah masa ni lah aku nak membangga sikit " 19 dah makcik. " aku jawab dengan senyum meleret hidung kembang kempis menahan bangga sebab dah dewasa. Heheee  eh apesal? Kau nak cakap 19 tu budak hingusan lagi? Elehh kau pon akan atau pernah jadi 19 kan. So apa ada hal. Dah. Gi membusuk bawah jambatan.
Sebab aku suka buat gaya ottomen sampaikan ckgu pon tawu, so a classmate hadiahkan pic ni sempena new year. XD

Last outing with le girls for 2014. #mahkota parade.