Pages

Tuesday, March 10, 2015

gelang berloceng

Assalamualaikum.  (0.0)

Awaaa... saya nk cakap sikit boleh? Tak elok lah awak pakai gelang berloceng tu..bukan gelang tu or awak yg tak cantik. No no. Tapii emm.. ok maybe ni boleh terangkan takut wak tersalah faham niat saya ni.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda. "Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) , yang ada di dalamnya anjing dan loceng".

Ok faham tak? Boleh terima tak?

Aku bukan nak tarbiyah sentap ke. Nak tunjuk bagus ke. Jauh sekali aku nak jeles sebab dia ada gelang. Hmmm berloceng pulak tuu..wuu itew jeless.. haaa memang tak lah!. cuma kalau ada yg berkaitan pasal aku or Islam, aku akan tegas. Garang dia tu dh macam mak tiri. Hehe ok . Apa kaitan dgan aku? Masalahnya budak yang pakai tu budak kuliah aku. Bunyinya Ya Allah..bingit kot. Kuat gila. Bayangkan, aku  yang duduk belakang sekali dalam kuliah tu boleh dgar bunyi tu yg dari depan sekali. Hah kuat tak kuat lah kan. Yang aku heran nih, apa yang budak tu buat sampai loceng tu bunyi kuat. Yelah, loceng akan bunyi kalau kita bergerak gerak kan. Dalam kuliah je kot. Salin notes je kot. Bukannya main badminton ke hapa. Ok husnudzon. Maybe dia jenis menulis secara agresif di mana tangan dia akan bergerak secara ekstrem. Wow. Aku kena cari siapakah girl tu.

Dan lagi, aku sangat marah bila disebabkan satu orang, orang lain pon terbias. Yelah. Dalam kuliah kita nk menuntut ilmu, tapi disebabkan ada bunyi loceng, malaikat Rahmat tak jadi masuk dalam taman syurga ni. Fuhhh betapa ruginya weh. Ok ni ada satu lagi. Macam mana kalau yg pakai tu, murobbi korang, pensyarah korang? Ok ni aku terpaksa redha. Berserah kepada Allah supaya bukakan pintu hatinya. Tegur dalam hati jelah. Hmmmm lemahnya iman aku sebab yg menegur dalam hati tu ialah selemah-lemah iman. Allahhuakbar.  aku harap benda2 macam ni tak jadilah dalam kita kaum hawa eh. Kata nk kejar keredhaan Illahi. :)

No comments:

Post a Comment