Pages

Friday, March 13, 2015

KMM di hatiku

Assalamualaikum  ~(^■^)/  haiiiii

Seiring dengan bebudak lepasan spm yg akan masuk u atau matrik atau mana-mana lah nanti tu kan, so aku buat entry ni khas untuk kamu-kamu semua. Hehe tapi lebih spesifikkan kepada yang dapat KOLEJ MATRIKULASI MELAKA lah eh . Tahniah woihh. Tahniahh

First introduction dulu lah kan. Korg yg dapat KMM ni bertuah sangat taw. Takyah gi luar negara tapi dah merasa duduk london. XD Matrik ni nama manja dia matrik london (londang actually). Jet jet omputih gitu. Hehe

HOSTEL
ok hostel disediakan. Jangan risau. Korang wajib stay hostel. Takyah nak berangan nak duduk rumah sewa ke rumah sendiri ke eh. hostel ada byak. A,B,C. Yang C tu untuk putera. Pastu A tu pulak pecah kepada A1,2,3,4,5 . Sama macam B dan C. semua ada 4 tingkat. Tahniah sapa yg dpt tingkat 4. Heee. And takyah nak risau sangat kekalau si boys tu nak mengendap ke hapa. Sebab hostel puteri dan putera jauh. Kalau time aku, ahli bilik dapat secara rawak. Ikut matrik lah nak letak kau kat celah mana. Kalau dapat dekat dgan kawan kau, hmmm rezeki lah tu. Satu bilik 4 orang. Katil single. Meja, almari pon single. Ada ampaian mini dalam bilik. So kau nak sidai tuala ke anak-anak ke pon boleh. Satu blok ada dua wing. Wing A dengan B. So setiap aras ada dua wing lah. Setiap wing ada satu toilet. Pandai2 cuci eh. Makcik tu bukan cuci hari-hari. So jangan nak pengotor sangat. haa baju. Mesti korang semua macam "ohhh mintak-mintak lah ada dobi. I tak biasa basuh tangan..pehhlisss. omomomm." Ewwww. Dah masuk sini, kena BERDIKARI! Takda dobi. Baju basuh sendiri. Pakai tangan or mesin basuh yg kena masukkan syiling tu. Jangan risau. Ada ampaian beso(lah sangat) kat bawah blok. Tapi kalau weekend, berebut jugak lah. iron? No need to bring. Sebab setiap wing dah ada satu iron dan papannya. Pakej lengkap bersama tempat penyangkut. setiap blok ada surau mini, bilik study, dan bilik tv. Tapiii hmm blok aku nih bila nak repair tv nya pon entahlah. Andddd setiap aras ada ketle. So jangan bawak iron, ketle or bahan terlarang takut dirampas. pasal pemandangan, pehhh kalau aras aku ni, boleh nampak laut. Fuhh cantik bhai..tetambah bila matahari terbenam. Subhanallah. 

MAKAN
kalau dulu korang berbahagia menikmati makanan sedap-sedap kat rumah. Yang mak masak pulak tu. Hmm kat sini jangan berangan nak ada eh. Sebab mak kau kat rumah. kalau dulu kau dekat asrama ada makanan disediakan ikut time 6 kali sehari. Hmm pon jangan berangan eh. Sini bukan asrama. Kat sini kau kena ajar perut kau tu jugak untuk berdikari. Jangan asyik nak mintak suap jah. Kalau kau lapar, kau kena cari makanan sendiri kena beli kena keluarkan duit sendiri. Kalau kau boros mata keranjang tengok tu nak tengok ni nak pastu kau beli semua sampai sehari kau spend sepuluh hengget then tak sampai seminggu wallet kau hanya ada habuk dan mungkin bakteria saja, hmmmmm kau memang patut menyesal masa tu. nak makan, boleh beli dekat cafe, koop, barkery or lori putih( ada lori jual makanan).  sini ada 3 cafe jah. Setiap kumpulan blok ada. So ada cafe A,B, C. cafe D dulu ada. Tapi sekarang dh tutup. Kata budak laki, cafe tu kinda creepy sikit. Dengan daun kering bertaburan kat depan cafe. Hahaa. Ngek. Cafe bukak dari pagi sampai 11.00 malam. Cafe a ngan b kalau malam, boys are not allowed. Same goes to c. Girls are not allowed. Kat cafe, memacam ada. Serius. Kau nak apa, cakap jah. Roti canai roti tisu lempeng roti jala parota burger roti john sandwich coconut shake eskrem pasu eskrem goyang yee mee ais kacang. Haaa dan byak lagi. So jangan risau kalau perut korang merengek mintak diisi. Cuma jangan boros sangat dan jangan sampai perut korang dah macam ibu mengandung 4 bulan. Hahaa. Kalau yang jenis gi kelas nk bawak bekal air, sini ada mesin air. 

AKADEMIK
ok sini ada kuliah dan kelas. Ahli kelas tak ramai pon. Aku 20 orang jah. Reminder: kau takkan ada fix kelas. Means kau takkan ada kelas yg mana bila kau datang kau letak beg then ckgu masuk ajar then rehat then kau keluar makan then kau masuk balik then ckgu masuk then kau balik. No no no. Ini bukan sekolah. Kau akan sentiasa bawak beg kau. Kalau masa tu kau ada kuliah, then budak kuliah kau tu kena gi kuliah yg ditetapkan. kalau masa tu tutorial atau tuto, so kelas kau kena gi tempat tu. So kau akan sentiasa bergerak supaya segala kalori lemak degil dalam badan tu dapat dihapuskan dan kau akan dapat badan seakan nora danish. Ehehe.  Kelas/tuto/praktikum itu berbeza ya dengan kuliah. Kelas tu kau brsama sekelompok bdak kelas kau ja. Kuliah pulak campuran beberapa kelas. Oh yaaa.. apa yang sepesyelnya KMM ni ialah kitorang still panggil pensyarah "cikgu". Sounds old school, but that's the sweetness. Kannnn. Rasa macam ala-ala budak spm. Hehe. Masa tuto, cikgu akan bincang latihan dalam buku. So kena buat ok. (Sumpah aku tak pernah buat. Hahaaa) . Kuliah pulak kau kena ada ajk subjek yg in charge untuk photostat notes dalam kelas kau sebab lecturer takkan bagi notes sorang satu.  Waktu sekolah pulak selalunya start pukul 8.00 pagi sampai 4.00 petang. But ikut kuliah or kelas kau lah. Kalau ckgu cakap nak awal or lambat, hmmm redhaaaa jelahh..

Same goes to kelas tambahan and whatsoever. Aku setiap malam ada kelas. Hmm hmmm meratap hiba di pinggir katil. Penatt kot.. dengan petangnya kelas kekadang extend sampai 5-6 petang. Hmm tapi masa ni kena kentalkan jiwa kuatkan mental sadokan diri. Tanam dalam hati set kan minda yang kita nak menuntut ilmu di jalan Allah. Kerana Allah. Otomatik kau takkan rasa benda tu beban dan kau akan kuat hadapinya sampai hari terakhir kau kat matrik and kau akan bermonolog " eh dah habes pon matrik. Tak sangka cepat masa berlalu. Penat pergi kelas siang malam selama dua sem pon tak terasa sangat. MasyaAllah. " haaa see..  and jangan risau kalau kau rasa macam lambat pickup sikit dalam certain subjek sebab kat sini akan ada baaanyaakkk kelas tambahan and meka and kumbe and kau boleh jumpak lecturer personal. :) and please please please jangan banyak main sebab sini sangat laju. Boleh jadi kau punya kuliah satu jam tu cikgu akan habiskan tiga chapter. Yup. Kuliah aku pernah. And aku menyesal byak main banyak lagha. 

COURSE
kat sini hanya ada pelajar aliran sains dan akaun saja eh. Sains pulak ada modul 1,2,3. Modul 1 wajib ambik math-bio-chem-phy . Modul 2 math-phy-chem-sains comp. Modul 3 math-bio-chem-sains comp. Untuk subjek wajib ambik tapi ikut sem ialah agama-dinamika-koko. Koko tu nanti ckgu yg pilihkan. Badminton paling best. Aku tak suka senamrobik sebab kena lompat sana sini. Oh noo. Sangat tak appropriate untuk seorang muslimah melakukan sedemikian. Aku harap KMM dapat pertimbangkan benda ni. Oh yaaa bi. Bi setiap sem setiap kos wajib ambek. And MUET. Pon wajib. Ehh tapi yg aku crita ni tentang PST(program satu tahun) lah. Yang PDT (program dua tahun) aku tak tahu sangat. Kalau kau nak tukar kos, boleh. Tapi proses dia macam complicated ah sikit. 

FASILITI
jangan ingat KMM ni ketinggalan zaman eh. Mementang kmm ni antara matrik tertua, kau ingat sini takda kemudahan canggih? Kau ingat sini macam zaman batu? Ok memang la ada sikit aura old school tu. Yelah blok semua daripada batu blok besar tu kot.. kalau kau takleh tido, kau boleh kira batu blok dalam bilik, sure mengantuk terus. Hahaa. But unik whattt... dah rasa macam duduk dalam cita harry potter kot. Kan dinding dia yang magic tu. Eheh. Sini ada library yang sejuknya boleh tahan. Tapi line maxis macam harommm.. pastu ada bakery, cyber cafe, surau. Kalau kau rasa macam nak ada muscle empat lima ketul seakan aaron aziz, haa boleh la gi gym. Tapi kalau lepas tu kau pon gi cafe melantak nasi lima enam pinggan tambah ayam bersama kulitnya yang berminyak pastu makan pulak mee kuah banjir bersama air teh ais, pehhh. Lupakan jelah gi gym. sini jugak ada pusat sukan(aku namakan sendiri) yang mana kau boleh pinjam alatan permainan dan sukan kat sini. Ada basikal ping pong bola sepak bola baling jaring tampar dan banyak lagi. Tempat squash tenis badminton pon ada. Kalau penuh sangat, kau gi bilik, tido. Hehe. 

OUTING
Semua mesti cam excited kan bila sebut outing. Outing boleh hari jumaat sabtu ahad. Dari 7.00 pagi - 7.00 malam. Kalau exceed, kena block kad sebulan. Takyah nak risau pasal transport sebab weekend jah, pakcik-pakcik teksi tu dah ready tunggu depan pagar. Tambang rm8 kalau gi masjid tanah. Kalau bas rm1. Selalunya outing gi masjid tanah, MP, MC, alor gajah, pantai klebang pantai tanjung bidara pantai pengkalan balak. Ok matrik londang ni dekat dengan pantai ya anak-anak. Kalau nak merasa nak lari-lari tepi pantai buat drama hindustan pastu selendang terbang macam ombak rindu, hmmm boleh la gi situ.  Jangan boros. Elaun dapat rm 250 jah sebulan. 

PAKAIAN
Untuk perempuan, pakaian gi kuliah or kelas mestilah baju kurung berpesak ya.  No yang kain terbelah ka baju kebaya ka. Only baju kurung berpesak. Even non muslim pon kena pakai baju kurung. For tudung pulak, ikut suka kau lah nak pakai tudung apa. Shawl ke tudung ariani ke fareeda ke cik senah ke, ikut suka. Asalkan bukan tudung saji atau langsir mak kau. Kasut pulak emm kalau masa aku, ikut suka tapi bertutup. Tapi ura-ura mgtakan yg dalam rules cakap kasut kulit. Entah. Pastu bawak la tshirt seluar untuk pakai beriadah ke hapa ke. Laki pulak, baju kemeja dan seluar slack hitam.

Emmm rasanya ni dulu yg boleh gue terangkan buat masa ni. Kalau nanti ada yang teringat, aku hapdet keh. If ada masalah, kasi roger sama gua eh. Kalau kita permudahkan urusan orang lain, insyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita kelak. Barakallah. Afwan kalau ada tersilap tulis terguris hati atau mana yang tak cukup informasi. Assalamualaikum. Baii KOLEJ MATRIKULASI MELAKA DI HATIKU. Ehhhh

No comments:

Post a Comment