Pages

Saturday, March 14, 2015

perginya seorang umi

Assalamualaikum.


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR. Muslim no. 1631)

kelmarin pagi, 7.30 pagi tengah aku bersiap nak gi kuliah then aku terdetik nk on wasap kelas. Pastu ramai yg ucap takziah dekat sorang classmate aku sebab mak dia meninggal. Tapi aku tak percaya. Sangat ragu-ragu sebab dia sempat lagi balas wasap macam nothing happened. Siap gelak-gelak. Ayat macam biasa. And paling best bila dia wish besday dev yang sebenarnya bukan pon.( silap tarikh). And dia jugak post ayat-ayat bersabar dan post gambar dan doa masa kesedihan. Eh aku dah pelik. Sapa yang kehilangan mak sekarang ni. MasyaAllah. Tabah sungguh dia. Kehilangan mak kandung yang telah melahirkan dia pada pukul 3 pagi. Terpaksa bertolak balik kelantan pukul 6 pagi. Semoga sempat sampai sebelum arwah dikebumikan. Semoga sempat melihat wajah terakhir orang yang telah menjaga dia dari kecil. Semoga sempat mencium tangan yang telah membelainya merawatnya menyuapnya makan dari bayi. Kerna selepas ini, kau takkan lihat lagi wajah tua itu. Wajah yang sering bertakhta dalam hati kau. Insan yang punya syurgamu selagi kau belum berkahwin. Insan yang kau gelar umi.

HUSNA BT HUSSIN.
tabahlah kau menghadapi ujian Allah ini.
Walaupun kau punya tugas yang berat, tanggungjawab yang besar sebagai kakak sulung kepada adik-adik yang masih kecil.
Walaupun rumahmu baru dilanda banjir.
Walaupun kau sudah terputus doa seorang ibu yang tiada hijab itu.
Namun,
ingatlah.
Kau masih punya Allah untuk bergantung harap dan merintih hiba segala masalah kau. Lindungkan kesedihan mu disebalik topeng keceriaan di hadapan keluargamu kerana kau sekarang ibu kedua mereka.
Ingatlah.
Allah mengujimu dengan ujian satu persatu kerana Dia tahu kau boleh hadapinya dan kau kuat. Ujian yang datang mengikut kemampuan kita.
Ingatlah.
Ibumu dipanggil kembali olehNya kerna Dia lebih menyayangi ibumu dan sudah tiba saatnya ibumu berehat di alam sana daripada dunia yang penuh kepura-puraan ini.
Ingatlah.
Kau terputus doa seorang ibu, namun ibumu masih punya doa anak-anak yang soleh solehah sepertimu. Hantarkan bantuan kepada ibumu melalui doa-doamu yang tak pernah putus.
Ingatlah.
Semua makhluk pasti akan merasa kematian, jadi janganlah kau menyalahkan takdir akan pemergian ibumu dan kau bersikap bagai orang tiada agama.
Ingatlah.
Di saat kau sedih, akan ada penawar di sekelilingmu yang sanggup menyapu airmata mu. Janganlah kau rasa sendirian kerna Allah ada selalu untuk mendengar rintihmu.
Ingatlah.
Kami sahabat-sahabatmu turut merasa sedih bila kau dalam kesayuan. Kami cintakan kau kerana Allah.


  Allahhuakbar. Sedih weh. Sedih bila sahabat kita sedih. Even husna ni aku baru berkawan berapa bulan (masuk matrik) , tapi ukhuwah fillah tu terjalin hebat. Bond nya tu kuat. Sebab dia sangatt lembut penyayang penyabar. Kekadang ada jugak termarah dia. Tapi dia sabar jah. Wahai sahabat. Tabahlah kau kerna Allah ada dan kami sahabat-sahabatmu pon ada di sampingmu. Rindu hang. Uhibbuki fillah. :)  arwah sangat penyayang lembut orangnya. Sebijik macam husna ni. Muka cara bercakap suara semua sama. Aku dulu pernah angkat call dari fon husna yang masa tu entah dia pi mana. Pastu aku ingat husna nak mainkan aku sebab suara sama. Then dah lama sikit baru aku percaya tu umi dia. Hehe malu kott.. semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman dan dijauhkan dari azab kubur dan api neraka. Amin ya robbal'alamin. :')

Dia sanggup temankan aku ponteng *** masa ni. Hehe

Yang muka ala-ala ibu penyayang tu la husna. Boleh nampak kan kelembutan dia. Yang muka ala-ala suami orang tu sila abaikan. 

No comments:

Post a Comment