Pages

Tuesday, September 15, 2015

Kenapa kau tak patut meroyan bila tak dapat something

Assalamualaikum ♥♥ 
Pernah tak korang tak dapat apa yang korang nak? Benda yang korang rancang, tak jadi. Pernah? Even benda kecik pon, mesti pernah kann..haa jangan sedih. Tu normal beb. Normal bila kita lalui benda tu. Sebab semua orang pernah dan akan merasainya.ehh oversad? Jangan cemtu wehh. Kau kena control sedih tu. Cemana? Nak tips? Meh aku kasi sikit. 

1.  Allah itu sebaik-baik perancang. Walau macam mana kau buat, kau rancang, tapi kalau dah Allah plan macam lain, so tak jadi jgak plan kau bro. Sebab apa? Ok jawapannya nanti kat no 2. So kat sini nak tekankan yang kita manusia hanya boleh merancang, tapi yang menentukan ok ke tak, or buat plan lain, itu ialah Allah. Kita manusia cuma boleh tulis jalan cerita dalam novel, tapi jalan hidup kita yang sebenar, Allah yang tulis. Sebab apa? Sebab kita ni cuma hambaNya saja. Itu kena ingat. So,takyah sedeh sangat kalau kau tak dapat something, sebab Allah dah tulis dah yang kau takkan dapat benda tu. Kenapa nak sedeh dengan perancangan Allah kan. Allah kan sebaik baik perancang.

2. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Boleh jadi apa yang kau fikir baik tu sebenarnya tak, dan yang tak baik tu pula sebaliknya. Tolong ingat balik yang Allah tu Maha Mengetahui. So Dia tahu apa yang baik dan apa yang tak. Kita ni manusia kerdil jah. Pengetahuan pon cetek. Ilmu yang kita ada umpama setitik air di lautan. Tapi kita dah beria-ria kata benda tu betul, benda tu baik untuk kita. Kita sampai nangis-nangis nak benda tu. Bila tak dapat, kita cakap Allah tak sayangkan kita. MasyaAllah. Kau tau tak Allah tu lebih tahu. Mungkin benda tu akan jejaskan kau. Kalau tak harini, mungkin in future, who knows. Sebab tu Allah tak kasi. Allah sayangkan kau. Faham? 

3. Pada setiap kejadian tu, pasti ada hikmah, walau kau tak sedar. Mungkin kalau kau tak dapat something tu, tapi orang lain yang dapat, dan mungkin telah memudahkan urusan orang tu. Haa tak ke kau dapat pahala. Bila kita memudahkan urusan orang lain, InsyaAllah, Allah akan memudahkan urusan kita. Fikir positif. Setiap benda yang jadi tu mesti ada hikmah punyalah. Even kecik, even kau tak tau pon hikmahnya, mesti tetap ada. 

4.  Tak semua yang kita nak, kita dapat. Ni prinsip aku dari kecik. Sebab tu bila aku tak dapat something, aku terus ingat prinsip ni, then terus tak sedeh. Ok. Kau bayangkan, kalau lah semua orang kat dunia ni nak no 1, then sapa akan jadi no 2? Takkan semua dalam kelas dapat no 1 kot kan. Mestilah ada yang no 2, 3, and so on. Means, setiap benda mesti akan ada "menang, kalah". Kalau kau tak menang, kau kalah. Menang kalah kat sini bukan means win or loose. Menang means kau dapat lah apa yang kau nak, and kalah means sebaliknya. Got it? Itu adat dalam kehidupan. Normal beb. Tapi kalau asyik kalah ja, tu yang tak normal. Kalau semua orang tanak mengalah, then takkan ada tempat kedua, ketiga. Just think bout it. Kau kira baik apa sebab beralah tak dapat apa yang kau nak. Kannnnnn. Positif bro, positif. Haha

5.  Rezeki Allah ada di mana-mana. Usaha, doa, tawakal, sabar tu penting. 1 failed, many mores to go. CARI! Mesti ada jalan punya. Kalau kau tak dapat, means tu bukan rezeki kau lah. Rezeki kau Allah bagi masa lain, cara lain. Bukan turn kau lagi. So, sabar, usaha, dan doa lagi keh. 

6.  Ni semua ujian Allah. Allah nak uji, nak tengok samada kau ni layak ke tak jadi hambaNya yang penyabar dan tabah. Allah takkan uji kalau bukan dalam kemampuan seseorang tu. Haa see. Allah tu Maha Mengasihani. Allah nak tengok kau ni kalau kena uji sikit, kau cepat sedih tak, cepat meroyan ke, cepat marah ke, terus bunuh diri kelar tangan pakai pisau potong epal gantung diri pakai tali ziropoin ke, or kau chill jah. Kau ingat kat sekolah je ke ada ujian? Hidup kat dunia ni pon ada hokeh. Ujian nak tentukan samada kau ke jannah or tak. Ahli jannah ialah orang yang penyabar. So kau ada ciri-ciri tu? 

7.  Allah rindu nak dengar rintihan doa kau padaNya. Mungkin kau dah jauh sikit dariNya atau kau ada buat sesuatu yang melanggar perintahNya. Sebab tu Allah nak uji, nak tengok samada kau still ingat Dia or tak. Nak bagi kau sedar dari kealpaan dunia fana ni. Mungkin satu ketika Allah bagi kifarah kat kau. Masa tu kau jangan nak persoalkan apa-apa. Jangan nak menyalahkan Allah menuding jari kat orang sekeliling tak pun meroyan tetiba. Kau patut duduk diam bertafakur atas sejadah, hadap kiblat, then kau fikir balik apa yang kau dah buat kat Dia, or orang sekeliling kau. Haa mungkin Allah uji kau dengan tak penuhi keinginan kau. So masa tu kau patut flashback balik segala kekhilafan kau. Taubat jangan lupa. Kalau kau ulang balik kesilapan tu, kau memang layak ditikam sembilanpuluhtiga kali, tak pon dibuang negara ke kutub utara sana tu ha. Allah Maha Pengampun. 

8.  Kau kena faham istilah qada' dan qadar, serta redha. Kau kena redha dengan semua qada dan qadar yang telah Allah tentukan. Bila kau tak redha dengan plan Allah ni, means kau macam mempersoalkan plan Allah. Layakkah kita? Layakkah kita yang hanya hamba hina, manusia kerdil yang hanya dicipta oleh Allah, tapi masih lagi nak mempertikaikan, mempersoalkan perancangan Pencipta kita sendiri? Allah sebaik-baik perancang. Jadi, kita kena belajar redha dan ikhlas atas apa yang terjadi. Bila kita redha, perasaan sabar dan tabah secara automatik akan mula menyelinap masuk dalam diri kita. Tu bagus. Redha dan sabar. Satu gabungan yang bagus sebagai hambaNya. Bila tak dapat something, jangan tanya "Allah tak sayang aku ke eh?" . Cuba cakap "ya Allah. Aku nak sangat benda tu. Tapi kalau Kau ada perancangan yang lebih baik dari ni, aku redha ya Allah." Haa tak ke lebih baik gitu. 




No comments:

Post a Comment