Pages

Friday, July 29, 2016

judge me

Assalamualaikum.

aku tahu lah aku ni tak macam perempuan sikit. tak ayu macam kau. tak sopan macam kau. tak pandai bergaya macam kau. jalan tak kepit macam kau. kasut tak tinggi macam kau. kata-kata tak lembut macam kau. perangai pulak dah boleh sama dengan hantu dah. kawan pulak dengan cik cik abang.

habis tu kalau aku lain sikit (sikit lah sangat) dari kau, lain dari perempuan-perempuan lain, kau boleh suka suki judge aku?

bila selalu nampak aku lepak, jalan, study, makan, gelak dengan lelaki-lelaki tu, means aku perempuan jalang lah? means aku ni kaki jantan lah? means aku ni suka menggedik dengan boys lah? 

ohhh gitu. tak tahu pulak aku. 

suka hati kau kau semua lah nak judge, describe aku macam mana. aku rasa tak perlu kot aku nak clearkan isu ni sebab korang tak penting pon. kalau korang membe aku so means korang mesti tahu aku macam mana kan. so buat apa aku nak susah-susah explain the truth padahal korang nothing to me je kot. ikut lah nak fikir apa pon. bukan effect kat aku pon kan.

ok but honestly, tipu lah kan kalau nak kata yang aku tak terkejut dengar isu ni. seriously not one person, not two, not three. but soo many people had told me bout this. tu yang diorang ngaku sendiri, yang cakap kat belakang simpan senyap-senyap tu haa entah berapa ramai lagi.

ok ceritanya gini. aku kan perangainya macam ni kan. and aku memang ada ramai membe laki. kekadang tu selalu lepak sekali, study, makan, jalan, so ceritanya bila si polan polan ni nampak and boleh kata always la jugak, so diorang pon assume tu bf aku lah, pastu pulak kekadang tu diorang terjumpak aku dengan different boys, so diorang assume aku ni macam girl yang kawan dengan ramai lelaki. tak. masalahnya sekarang ni kenapa bila aku lepak or jalan dengan membe perempuan, diorang tak nampak pulak, ahh why? why man?? 

the funny thing is bila classmates kau sendiri ada yang assume gitu. and not to mention seniors of mine too. senior kot weh yang cakap. haha. macam kelakar pon ada bila senior gosipkan kau.  tapi aku tak salahkan diorang sebab baru setahun kot kenal. normal lah orang tak tahu perangai hantu aku ni lagi kan. haha see. pandai jugak aku berlakon ayu.

and aku ada la rapat dengan sorang senior laki ni, then boleh pulak hakak hakak senior cakap aku couple dengan dia. aduhh duhh. kelakar kak. kelakar. classmates pulak ingat aku ada something dengan classmate kitorang nih, aduhh duhh. ni lagi kelakar weh. kelakar gila. and the best is bila cerita ni sampai dekat dak dak stat. dengar kata ada girl ni suka dia. pastu pulak girl tu macam " wow.tahniah. sesuai lah korang dua" hahahaha taik hang. membe je kot. tahniah menda. and kelab pulak ingat aku ada something dengan sorang ahli kelab tu. 

ohh man. this is not good man. not good. tak semestinya aku rapat, kawan dengan orang tu, aku couple dengan dia. ish. rimas kot. terkejut jugaklah bila dengar orang-orang ni cerita pasal apa yang diorang fikir pasal aku. aku hanya mampu gelak jah. and dah la sampaikan pernah sorang senior laki ni cakap kat aku " weh jat. hang ni selalu aku nampak jalan, lepak dengan dak dak laki. playgirl eh hang. " hahahaha mendaa lah hang ni senior oi. 

wahai makhluk-makhluk yang pernah tengok atau mungkin akan tengok aku bersama boys, please takyah nak susah-susah judge aku memacam. they're just friends ok. habis tu nak buat macam mana kalau dah girls takleh tahan perangai hantu aku nih. takkan aku nak berubah jadi ayu semata-mata nak dapatkan ramai kawan. selagi perangai aku ni tak sampai tahap syaitonnirojim, aku akan stick macam ni. sapa yang boleh bertahan, stay. sapa yang rasa menyampah meluat, boleh angkat kaki. hidup ni bukan nak hiburkan hati hang jah okeh.

but seriously aku bukan tak suka kawan dengan perempuan, cumanya aku dah ada baaanyakk sangat pengalaman hitam dengan membe perempuan. serik tu memang ada. cakap ja pengalaman apa yang aku takdak. tikam belakang. kawan makan kawan. kawan masa senang susah dia hilang. lagi. semua cerita ada. tapi bila aku sakit susah ada masalah, yang sudi dengar masalah aku, yang tak pernah kesah heran walau macam mana hantunya perangai aku. tak pernah nak sentap marah aku even bahasa aku tak lembut, itulah dia membe membe laki aku. 

nope. aku tak kata yang aku tak ada kawan perempuan. aku still ada membe-membe perempuan yang baikk sangat dengan aku. yang boleh tahan dengan aku. cumanya kalau nak dikira ratio, membe laki lagi banyak dari membe perempuan. tolong faham yang aku bukan yang jenis perempuan gedik yang cakap ayu ayu gitu. even bila aku cerita kat membe laki aku yang orang kata aku couple dengan si polan polan ni,diorang boleh pulak gelak gila gila and cakap " ya Allah. sejak bila pulak kau gay jat. hahaha diorang tak tahu ke yang kau ni jantan. hahaha mana boleh couple dengan lelaki. hahah "  see. taguna kan membe membe aku. but semua membe laki and perempuan aku bila aku cerita, diorang kata " takyah risau lah. biar jah orang nak kata apa. diorang tak kenal kau macam mana. janji kami taw kau memang jenis macam ni. bukannya kau kaki jantan. mulut orang."  

Alhamdulillah aku masih ada sahabat yang sanggup bertahan dengan aku. yang ada masa susah senang aku. terima kasih wehh. ok janji lepas ni tak buat taik kat korang dah. hehehehe. tipu jah.

kejar hati


Assalamualaikum ♥♥

entah lah. malam ni tetiba rasa macam nak menulis tentang hati. hati yang penat mengejar. mengejar benda yang tak pasti. tak pasti samada kita boleh miliki atau tak. 

" bila tiba satu saat, kau dah penat mengejar, berhenti. toleh belakang, lihat siapa yang kejar kau. "

kadang-kadang rasa penat sangat. penat kejar hati orang ni. padahal dia bukan berhenti toleh kita pun. so. kau kena kuat. berhenti dan biar dia berlalu pergi. pergi mengejar orang lain. kuat untuk berdiri dan hadap semua tu. kalau dia betul jodoh kita, sejauh mana dia lari meninggalkan kita, nanti akan sampai satu saat dia akan patah balik dan akan bertemu kita di satu jalan. jalan yang mana, waktu bila, hanya Allah yang tahu. tapi. kalau dia bukan jodoh kita, bila saat kita berselisih dan biar dia berlalu pergi, dia takkan kembali. ibarat angin yang datang sehala dan membuai jauh. ibarat orang tak dikenali bersapa dan terus pergi. 

" di saat hati kau berbunga mengejar yang di depan, ingatlah bahawa ada hati yang menangis di belakang. "

" ada hati yang tak boleh dibeli. tetapi diberi percuma oleh pemiliknya. "